Bandar Serenia ialah sebuah bandar terancang di Sepang, Selangor. Ia dibangunkan oleh Sime Darby Property dan terkenal sebagai sebuah perbandaran moden yang menekankan kehijauan, gaya hidup lestari, serta akses mudah ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan laluan utama seperti Lebuhraya ELITE dan Lebuhraya KLIA.
Seiring dengan pembangunan pesat di Bandar Serenia, peningkatan jumlah penduduk, dan pertambahan unit kediaman baru, wujud keperluan mendesak untuk membina sebuah surau yang dapat memenuhi keperluan spiritual dan sosial komuniti Muslim di kawasan ini. Bandar Serenia yang kini merangkumi kawasan perumahan seluas 1,775 ekar, telah menjadi kediaman kepada 4,000 penduduk daripada pelbagai latar belakang.
Surau Bandar Serenia dicadangkan untuk menjadi pusat ibadah yang bukan sahaja memfokuskan kepada penyediaan tempat solat lima waktu, tetapi juga sebagai pusat tumpuan bagi pelbagai aktiviti keagamaan, pendidikan, dan kemasyarakatan. Surau ini diharap mampu menjadi nadi spiritual kepada penduduk, mewujudkan sebuah komuniti Islam yang kuat dari segi ukhuwah, ilmu, dan akhlak.
Jawatankuasa Penaja Pembinaan Surau Bandar Serenia telah di tubuhkan pada 2024, bagi tujuan merancang pembinaan Surau Bandar Serenia bagi kegunaan dan menampung jamaah di kariah Bandar Serenia, Sepang, Selangor Darul Ehsan. Kos pembinaan dianggarkan berjumlah RM1.6 juta.
Pembinaan Surau Bandar Serenia telah mendapat kelulusan dari Jabatan Agama Islam Selangor pada 18 November 2024 (JAI.Sel.BPM/01/015/9(25)). Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) telah juga memberi kebenaran berkuatkuasa 13 Disember 2024 sehingga 31 Disember 2025 (Bil(24) dlm. PWS/BK/27) untuk mengutip Dana Wakaf Khas bagi pembinaan Surau Bandar Serenia.
Surau Bandar Serenia
Surau Bandar Serenia
Surau Bandar Serenia