Sumber kewangan secara wakaf & sumbangan bagi pembinaan Surau Bandar Serenia ini akan dikumpulkan melalui pelbagai saluran, antaranya:
• Sumbangan Penduduk: Sumbangan secara terus daripada penduduk Bandar Serenia, melalui derma individu.
• Sumbangan Syarikat Korporat: Mencari penajaan dan sumbangan daripada syarikat korporat terutamanya syarikat pembinaan dan perniagaan di sekitar kawasan ini.
• Kutipan Derma Awam: Kempen kutipan derma melalui orang-orang awam, masjid-masjid berhampiran serta promosi di platform media sosial.
• Bantuan Kerajaan/NGO: Memohon bantuan kewangan daripada jabatan agama negeri, badan kebajikan, dan NGO yang terlibat dalam pembangunan masyarakat Islam.
Surau Bandar Serenia
Kami amat menghargai wakaf dan sumbangan ikhlas daripada anda yang akan disalurkan terus untuk pembiayaan pembinaan Surau Bandar Serenia.
Sumbangan melalui QR Code
Sumbangan melalui Bank Transfer
Resit pengecualian cukai LHDNM bagi Dana Wakaf dikeluarkan atas permintaan.Pewakaf perlu mengisi Borang B1 untuk tujuan pengeluaran resit.
Surau Bandar Serenia